Sabtu, 15 Januari 2011

Apakah Makna Kehidupan??? Secebis Muhasabah...

Apa makna kehidupan bagi kita?

Bagi sesetengah orang kehidupan adalah suatu nikmat... ada juga yang mengatakan kehidupan ialah penyeksaan... dan ada juga yang mengatakan hidup itu suatu ujian... Apapun yang kita takrifkan tentang makna "kehidupan"... Kamus apapun kita rujuk di seluruh muka bumi, kita tidak mampu memberi maksud yang tepat tentang makna kehidupan. Tanyalah berjuta-juta orang semenjak Nabi Adam sampailah kepada hari ini dari setiap pelusuk muka bumi ini, apa makna kehidupan bagi mereka... Sudah pasti, mereka akan memberikan berjuta-juta makna yang kadangkala makna tersebut tidak terlintas di fikiran kita... Maka, Apakah makna sebenar kehidupan????

Jawapannya mudah iaitu Beribadah... dan... Berbakti kepada Pencipta Kehidupan iaitu Yang Maha Esa... Yang Maha Kuasa... dan... Yang Maha Kaya... iaitu Allah swt. Bukankah Dia telah berfirman dengan kalamNya yang bermaksud:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."

Andainya kita lupa makna kehidupan itu... itulah maknanya. Sejuta jawapan yang diberikan manusia menyimpulkan satu makna kehidupan iaitu berbakti kepada Allah. Setiap detik hembusan nafas dan nyawa kita adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Andainya seorang manusia itu lahir di muka bumi tidak tahu tentang apakah makna dan tujuan hidupnya... Maka, manusia itu MATI ataupun seperti bangkai yang tidak bernyawa... Oleh itu marilah kita bermuhasabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan